Kelebihan dan kekurangan belajar di UiTM Arau

Belajar dekat UiTM Arau, Perlis ni ada beberapa kelebihan, biar saya senaraikan di sini:

  1. Jadual belajar tak padat sangat berbanding matrikulasi dan universiti lain.
  2. Kokurikulum boleh pilih, cuma kena cepat kalau tak nak ambil Kesatria Negara takut tempat habis dan opsyen terakhir hanyalah Kesatria Negara.
  3. Kolej kediaman (a.k.a asrama) tak jauh sangat dengan kelas, boleh sampai dalam 5 hingga 10 minit.
  4. Bilik untuk belajar, dewan-dewan dan perpustakaan semua ada penghawa dingin.
  5. Makanan sangat murah bagi orang dari bandar.
  6. Pensyarah-pensyarah semua mesra.
Kena sertai aktiviti kokurikulum.

Namun begitu, ada juga beberapa keburukan, teruskan baca:

  1. Bagi yang tinggal di kolej kediaman, internet susah nak dapat... WiFi ada disediakan tetapi sesetengah kolej letak kata laluan dan kena minta dekat JPK kolej, manakala sesetengah kolej buka WiFi tetapi limit 20 orang saja untuk guna pada satu-satu masa. Broadband pula, Maxis jangan harap nak laju, DiGi cuma boleh tahan saja, Celcom boleh kata laju kalau tak ada orang guna tapi bila terlalu ramai guna jadi lebih slow berbanding Maxis yg sedia ada memang slow. P1 kadang-kadang terputus, sama juga dengan Yes... 4G cuma ada dgn Yes, Celcom dll x dapat guna 4G kat sini...
  2. Makanan agak mahal bagi orang dari kampung dan pinggir bandar (macam saya).
  3. Kadang-kadang makanan tidak memuaskan.
  4. Pelajar ramai jadi kalau pergi makan waktu puncak, tunggu giliran bayar makanan tu memang lama (5 minit - 15 minit). Oleh itu, pergilah waktu orang semua dah balik kolej atau sebelum waktu puncak...
  5. Tempat mandi banyak rosak (tapi ni berpunca dari senior-senior terdahulu)
  6. Elektrik tak stabil (kadang-kadang).

Kemudahan yang ada dan tiada di UiTM Arau:

Yang ada:
  1. Mesin basuh ada di kolej kediaman, guna duit syiling atau kertas, RM2 sekali guna untuk 1 jam
  2. Mesin pengering ada di kolej kediaman, guna duit syiling, RM2 sekali guna untuk 1 jam
  3. Kedai jahit ada di bangunan Mushroom
  4. Kedai runcit Hafifah ada di bangunan Mushroom
  5. Kedai buku utama ada di bangunan Mushroom
  6. Kedai alat tulis "BAKA Bookstore" ada di bangunan Mushroom
  7. Kedai telefon pintar ada dua kedai di bangunan Mushroom
  8. Kedai gambar ada di bangunan Mushroom
  9. Kedai barangan peribadi pun ada di bangunan Mushroom
  10. Kedai cetak dan fotostat ada di bangunan Mushroom
  11. Tandas dan bilik mandi ada di semua kolej kediaman.
  12. Tandas juga ada di setiap blok kawasan belajar, dan di bangunan Mushroom.
  13. Perpustakaan besar dan selesa.
  14. Boleh guna komputer di perpustakaan tanpa bayaran.
  15. Unit kesihatan ada di kawasan kolej Beringin, rawatan percuma.
  16. Pejabat pos mini.
  17. Hentian teksi.
  18. Ada lima tempat makan utama: Chu Cafe di kolej Kesinai, Epal di tepi hentian teksi, Oren di tepi hentian bas lama, Big Bear di sebelah tangga untuk turun ke kolej Dahlia, dan Izahton Cafe di kolej Dahlia.
  19. Gerai dan kedai kecil-kecilan pun ada, contohnya di tengah kawasan lapang bangunan Mushroom ada orang jual air Chocolate Shake dan Sosej, di tepi bangunan Majlis Perwakilan Pelajar ada kedai K-shoppe, di tempat lapang antara blok C dan blok E (al-Farabi) ada gerai jual makanan sarapan dan tengah hari...
  20. Masjid An-Nur
Yang tiada:
  1. Kedai buku di sini cuma jual buku teks, alat tulis dan majalah ilmiah berbahasa Melayu... Tiada majalah bahasa Inggeris/Cina dll...
  2. Sesetengah komputer di kedai cetak, dan makmal komputer ada virus...
  3. Komik ada dijual tapi sangat terhad dan cuma terjemahan bahasa Melayu, terjemahan bahasa Inggeris/Cina tak ada...

Mai saya cerita pasai Arau pula

Arau ni bandar diraja... memang nampak maju banyak, tapi sebenarnya banyak kekurangannya... Saya berasal dari Sungai Lalang, iaitu pekan kecil (pinggir bandar) yang terletak di utara Sungai Petani (SP), Kedah... Tapi banyak benda yang saya boleh beli dengan senang di Sungai Lalang dan SP takdak dekat Arau... Contoh paling jelas ialah komik berbahasa Cina, selalu beli dekat kedai buku di SP... dan pergilah ke kedai buku mana pun kat SP, Hasani ka, MPH ka, Popular ka, mesti ada jual komik tu... Tapi dekat Arau ni, takdak pun kedai buku yg ada jual komik tu... yang ada novel bertulis tebal-tebal macam "Aku isterinya" la dll yg memang x minat pun nk baca... kalau takdak novel pun ada buku agama jela... lagilah x minat baca (lol)... Lagi satu ialah air tin Wonda Coffee... dekat Sungai Lalang ada dijual dekat Petronas, jalan kaki 5 minit dah sampai... dekat Arau, cuma 7-Eleven ja satu-satunya kedai yg jual... kena naik teksi bagai nk pi situ... (Wonda Coffee sedap bakhang, tak rasa mana tau!)

Bagi yang minat tengok filem, Arau takdak pawagam. Noktah. :P


Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila hantarkan kicauan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, ia dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.