April 2017 - Apa yang berlaku pada laman web ini?




Saya tak rasa ada orang akan datang dan baca laman web saya dengan kerap, kerana pengehos saya terlalu kerap turun walaupun kadang kala ianya naik. Kebanyakan waktu ia turun, semua salah laman web sendiri yang pakai CPU pengehos melebihi had.

Namun, orang yang membaca laman web ini akan perasan yang mereka tiba di halaman untuk memilih bahasa, berbeza dengan sebelum ini di mana pilihan kategori akan dipaparkan. Hal ini kerana saya telah berpindah keluar daripada pengehosan percuma dan kini menggunakan blogger, dan saya sedang menetapkan tetapan untuk menggunakan domain yang sama untuk kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sebelum ini, ianya tidak boleh dilakukan di pengehosan percuma kerana ia tak benarkan subdomain untuk ditujukan kepada pengehosan yang berbeza, saya perlu gunakan keseluruhan domain untuk sebuah pengehosan kerana pengurusan domain diserahkan kepada pengurusan pengehosan.

Kini, di blogger, tiada ketetapan sebegitu. Saya boleh tetapkan terus pada pengurus domain saya. Saya boleh tetapkan subdomain untuk ditujukan kepada laman web berbeza. Subdomain bahasa Inggeris, en.mnh48.com sebenarnya menuju ke arah laman web blogspot yang saya baru cipta di mnh48mail.blogspot.com manakala subdomain bahasa Melayu, ms.mnh48.com menuju ke arah laman web yang anda sedang baca, yang sebenarnya laman web blogspot yang lama ditingalkan tetapi kini dibangkitkan semula.

Saya juga telah mendapatkan semula kesemua artikel bahasa Inggeris daripada pengehosan percuma, namun ianya telah lari dari format asal kerana artikel itu semuanya ditulis untuk menggunakan plugin Wordpress. Saya perlukan masa untuk menjejak semula kesemua jadual, gambar dll yang hilang dan muat naik ke dalam blogspot. Apabila saya menulis dalam blogspot mana-mana bahasa, saya akan cuba untuk turut kemaskini dalam blogspot untuk bahasa yang lain.

Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila hantarkan kicauan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, ia dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.