Maklumat Hakcipta


    Semua kandungan laman web ini ditulis oleh muhdnurhidayat melainkan dinyatakan sebaliknya. Tema yang digunakan adalah tema Soho yang datang bersama Blogger, kod tema ini dimiliki oleh Google. Imej utama dalam laman web ini adalah gambar barangan peribadi berkaitan dengan AKB48, gambar tersebut adalah milik saya bawah lesen yang dinyatakan di seksyen "Elemen Multimedia" yang dinyatakan di bawah.

    Saya menggunakan tiga lesen berbeza untuk kandungan saya secara amnya, dan lesen tambahan bagi sesetengah pengecualian. Tiga lesen tersebut digunakan untuk seksyen penulisan tulen, penulisan kod dan elemen multimedia, oleh itu baca dengan teliti. Anda juga perlu tahu bahawa lesen ini adalah untuk kandungan yang saya tulis sendiri sahaja, kandungan yang dikongsikan semula akan mengekalkan lesen penulis asal.

Penulisan tulen

Tanpa mengira tempat atau waktu, apabila kandungan ditulis oleh saya sendiri, kandungan tersebut dilesenkan di bawah Creative Common Attribution-ShareAlike 3.0 Unported (CC BY-SA 3.0) secara automatik melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda boleh baca tentang lesen CC BY-SA 3.0 dalam bahasa Inggeris di laman web mereka atau baca lesen penuhnya. Ini hanya terpakai untuk penulisan tulen, ia tidak digunakan untuk contoh kod atau elemen multimedia kerana saya menggunakan lesen berbeza untuk mereka.

Penulisan koding

Tanpa mengira tempat atau waktu, apabila kandungan mengandungi sebarang kod dalam mana-mana bahasa, kod tersebut dilesenkan di bawah lesen Apache 2.0 License secara automatiknya. Anda boleh baca tentang lesen Apache 2.0 dalam bahasa Inggeris di laman web mereka.

Elemen multimedia

Tanpa mengira tempat atau waktu, apabila kandungan mengandungi elemen multimedia, ia akan mengikut peraturan yang saya tetapkan sendiri seperti berikut:
  • Video Youtube yang dibenamkan : video tersebut dilesenkan sama seperti lesen asal video.
  • Imej dibenamkan dari laman web lain : imej tersebut mengikut lesen dari pemilik asal, saya akan pastikan ianya dibenarkan untuk dibenamkan sebelum membuat sedemikian.
  • Imej saya muat naik : saya memegang hak cipta bagi kesemua imej yang saya muat naik sendiri melainkan dinyatakan sebaliknya. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan imej saya langsung melainkan mendapat kebenaran. Apabila kebenaran diberi. anda mesti mengekalkan tera air (watermark) dan resolusi asal, namun anda perlu hoskannya sendiri.
  • Kandungan lain yang dihoskan di tempat lain : saya akan sebutkan lesenya pada artikel itu sendiri.