LoveLive! The School Idol Move bakal disiar di seluruh dunia!



Telah diumumkan bahawa LOVE LIVE! THE SCHOOL IDOL MOVIE akan disiarkan di seluruh dunia bermula Ogos 2015 setelah disiarkan di Jepun mulai 13 Jun 2015.



Berita rasmi (Bahasa Inggeris): http://www.lovelive-anime.jp/worldwide/news.php

Berita rasmi (Bahasa Jepun): http://news.lovelive-anime.jp/app-def/S-102/news/

Treler (Bahasa Jepun): https://www.youtube.com/watch?v=-V0m1M3on8Q







Berikut jadual ketika ini, ia mungkin berubah:

Taiwan, Korea: Awal Ogos 2015

Hong Kong: 6 Ogos 2015

Thailand: Lewat Ogos 2015

Amerika Syarikat: 12 September 2015

Australia, New Zealand: September 2015

Malaysia, Philippines: 1 Oktober 2015

Singapore: 8 Oktober 2015

Vietnam, Brunei: Awal Oktober 2015

Indonesia: 21 Oktober 2015



Sebelum itu, sebuah video treler 90 saat baharu untuk filem tersebut telah diterbitkan.



https://www.youtube.com/watch?v=-V0m1M3on8Q



Kemudian, video komen rasmi untuk filem tersebut daripada Nitta Emi, pemegang watak Kousaka Honoka telah diterbitkan.



https://www.youtube.com/watch?v=4fqQbbxRzy4







Mereka juga telah mengemaskini rumusan jalan cerita filem dalam bahasa Inggeris seperti berikut:



Although ΞΌ’s, the defending champions of the school idol tournament, plans to dissolve their group after the graduation of their senior members, they receive news that leads them to holding a concert event! The 9 girls continue to learn and grow in this new and unfamiliar world. What is the last thing that these girls can do as school idols? With the clock ticking, what kind of meaning will the ΞΌ’s members find in performing the most exciting live performance?


Rumusan tersebut dalam bahasa Melayu:



Walaupun ΞΌ’s, juara bertahan pertandingan idola sekolah, merancang untuk membubarkan kumpulan mereka setelah majlis graduasi ahli-ahli senior mereka, mereka telah menerima berita yang membawa mereka kepada penganjuran acara konsert! Sembilan gadis ini terus belajar dan membesar dalam dunia baru yang tidak pernah dilalui ini. Apakah perkara terakhir yang gadis ini boleh lakukan sebagai idola sekolah? Dengan jam terus berdetik, erti apakah yang ahli kumpulan ΞΌ’s akan jumpa dalam mempersembahkan persembahan pentas paling menyeronokkan?


Selain itu, mereka juga mempunyai kempen kiraan menurun mingguan di mana mereka menerbitkan ikon Twitter, kertas dinding baru dan video baru daripada salah seorang pemegang watak pada setiap minggu, jadi jangan lupa untuk melawat halaman ini untuk melihatnya. Dan jangan lupa untuk melawat laman web global setiap kali anda ada peluang untuk melayari internet.



Notis pelesenan: Petikan digunakan di bawah kegunaan saksama. Artikel yang dipautkan bukan di bawah tanggungjawab saya.

Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila hantarkan kicauan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, ia dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.