Polisi Privasi

English | بهاس ملايو (جاوي)


Polisi privasi ini telah disusun untuk melayan mereka yang sangat peka dengan penggunaan 'maklumat peribadi boleh kenalpasti' (PII) mereka dalam talian. PII, seperti yang digunakan di AS dan undang-undang privasi negara-negara lain, dan keselamatan maklumat, ialah maklumat yang boleh digunakan secara sendirinya atau dengan maklumat lain untuk mengenalpasti, menghubungi, atau mengesan seseorang, atau untuk mengenalpasti seorang individu berdasarkan konteks. Sila baca polis privasi saya dengan teliti untuk mendapat gambaran jelas mengenai cara saya kumpul, guna, lindungi atau secara lainnya terlibat dengan Maklumat Peribadi Boleh Kenalpasti anda yang berkaitan dengan laman web saya.

Apakah maklumat peribadi yang saya kumpul daripada orang yang melawat laman web saya?

Apabila anda mendaftarkan diri di laman web saya untuk sebarang tujuan, anda akan diminta untuk mengisi nama, alamat emel, atau maklumat lain yang berkaitan untuk membantu anda mengalami pengalaman yang bagus ketika menggunakan perkhidmatan kami. Kebiasaannya saya melumpuhkan fungsi komen tetapi dalam kes tertentu saya terlupa untuk melumpuhkannya dan pelawat menulis komen mereka, sistem komen yang digunakan ialah sistem komen lalai Blogger, jadi saya tidak bertanggungjawab dengan pengumpulan data untuk komen, sila semak polisi privasi Blogger di sini (buka dalam tab baru). Maklumat negara pula dikumpul secara automatiknya berdasarkan alamat protokol Internet awam (IP) anda, ini hanyalah untuk kegunaan statistik dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain.

Bilakah saya mengumpul maklumat?

Saya kumpul maklumat daripada anda ketika anda mendaftarkan diri di laman web saya, memberi tindak balas ke kaji selidik, atau memasukkan maklumat di laman web saya. Maklumat negara dikumpul apabila anda melawat laman web saya.

Bagaimanakah saya menggunakan maklumat anda?

Saya menggunakan maklumat yang saya kumpul daripada anda ketika anda mendaftarkan diri, mendaftar hantaran emel, memberi tindak balas kaji selidik atau perhubungan perniagaan, melayari laman web, atau menggunakan ciri-ciri laman web yang lain dengan cara yang berikut:
• Untuk mencorak pengalaman pengguna dan membenarkan saya menyampaikan jenis kandungan dan pelawaan produk yang anda paling minati.
• Untuk membolehkan saya memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam membalas permintaan perkhidmatan pelanggan anda.
• Untuk menghantar emel berkala mengenai hantaran web saya, atau produk dan perkhidmatan yang lain.

Bagaimanakah saya melindungi maklumat pelawat?

Saya tidak menggunakan pengesan kerentanan dan/atau pengesanan piawai PCI, dan saya juga tidak menggunakan Pengesanan Perisian Hasad, kerana saya, pemilik laman web ini, ialah pelajar sepenuh masa dan saya tidak mempunyai kemampuan kewangan dan saya tidak nampak keperluan untuk menggunakan pengesan seperti itu, lagipun ini laman web peribadi saya, saya tidak memaksa sesiapa untuk masuk laman web ini.

Saya menggunakan sijil SSL oleh Let's Encrypt iaitu sijil lalai untuk kebanyakan laman web Blogger. Namun begitu, saya tidak pernah meminta maklumat peribadi atau sulit seperti alamat rumah atau nombor kad kredit. Alamat emel hanyalah untuk menghantar kemas kini apabila anda mendaftarkan diri untuk mengikut perkembangan kandungan saya, ia tidak diperlukan untuk pelawat biasa.

Adakah saya gunakan 'kuki'?

Seperti kebanyakan laman web zaman sekarang, jawapannya satu perkataan: Ya. Kuki ialah fail kecil yang sesebuah laman web atau penyedia perkhidmatannya pindahkan ke cakera keras komputer anda melalui pelayar web anda (jika anda benarkannya) yang membolehkan laman web tersebut atau penyedia perkhidmatannya untuk mengenal pelayar anda dan mendapatkan dan mengingati sesetengah maklumat. Tika ini, saya gunakan kuki untuk bantu saya memahami keutamaan anda berdasarkan aktiviti anda yang lepas dan semasa di laman web saya, yang membolehkan saya memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Saya juga menggunakan kuki untuk membantu saya mengumpul data agregat berkaitan lalu lintas laman web dan interaksi laman web supaya saya mampu menyediakan pengalaman laman web dan alatan yang lebih baik pada masa hadapan.

Saya gunakan kuki untuk:
• Memahami dan menyimpan keutamaan pengguna untuk lawatan akan datang.
• Mengumpul data agregat mengenai lalu lintas laman web dan interaksi laman web untuk menyediakan pengalaman laman web dan alatan yang lebih baik pada masa hadapan. Saya juga gunakan perkhidmatan pihak ketiga yang dipercayai untuk memantau maklumat ini bagi pihak saya.

Anda boleh pilih untuk membuatkan komputer anda memberi amaran setiap kali kuki dihantar, atau anda boleh matikan kesemua kuki. Anda boleh berbuat sedemikian melalui tetapan pelayar anda. Setiap pelayar mempunyai tetapan yang berbeza, jadi lihat ke menu bantuan pelayar anda untuk belajar cara yang betul untuk mengubah kuki anda. Anda boleh cari di enjin carian seperti Google jika anda benar-benar tidak tahu cara untuk mematikannya.

Jika anda mematikan kuki, sesetengah ciri seperti sistem komen akan turut dimatikan. Ia tidak akan menjejaskan pengalaman pengguna yang membuatkan laman web menjadi lebih berhemat dan sesetengah perkhidmatan saya tidak akan berfungsi dengan sempurna.

Pendedahan Pihak Ketiga

Sudah tentulah, saya tidak menjual, berdagang, atau memindah dengan cara lain maklumat peribadi boleh kenalpasti anda kepada pihak luar melainkan saya memberikan pemberitahuan lebih awal kepada anda. Ini tidak termasuk rakan pengehos laman web dan pihak lain yang membantu saya menjalankan laman web ini, atau memberi perkhidmatan kepada anda, selagi pihak ini bersetuju untuk kekalkan maklumat ini sebagai sulit. Saya juga akan mendedahkan maklumat anda apabila saya rasa perlu untuk mematuhi undang-undang, mengetatkan polisi laman web saya, atau melindungi hak, milik, atau keselamatan diri saya atau orang lain.

Namun begitu, maklumat pelawat yang tidak bersifat boleh kenalpasti boleh diberikan kepada pihak lain untuk tujuan pemasaran, pengiklanan, atau kegunaan lain.

Pautan pihak ketiga

Kadang-kala, jika perlu, saya akan sertakan atau sediakan produk atau perkhidmatan pihak ketiga di laman web saya. Kesemua laman pihak ketiga ini mempunyai polisi privasi mereka sendiri dan berasingan. Oleh itu saya tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti terhadap kandungan dan aktiviti di laman-laman web tersebut. Namun begitu, saya ingin menjaga integriti laman web saya dan mengalu-alukan sebarang maklum balas berkenaan laman-laman web tersebut

Google

Keperluan pengiklanan Google boleh dijelaskan dengan Prinsip-Prinsip Pengiklanan Google. Ianya diletakkan untuk menyediakan pengalaman positif kepada pengguna https://support.google.com/adwordspolicy/answer/1316548?hl=ms

Saya tidak membolehkan pengiklanan Google AdSense di laman web saya kerana saya tidak lepas keperluan am dan saya menulis laman web pelbagai bahasa di mana mereka benci, tetapi saya mungkin letak iklan pada masa hadapan sekiranya saya lulus atau saya jumpa cara untuk mengatasi isu laman web pelbagai bahasa, atau apabila mereka membenarkan saya berbuat sedemikian

Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian California (CalOPPA)

CalOPPA ialah undang-undang negeri pertama di AS yang memerlukan laman web dan perkhidmatan dalam talian komersil untuk menaikkan polisi privasi. Undang-undang mereka menjangkau melebihi California dan memerlukan orang atau syarikat di seluruh dunia yang menjalankan laman web yang mengutip maklumat peribadi boleh kenalpasti daripada pengguna di California untuk meletakkan polisi privasi terperinci di laman web masing-masing menyatakan secara jelas maklumat apa yang sedang dikutip dan memberitahu pelanggan tersebut dengan siapa maklumat tersebut sedang dikongsikan, dan untuk mematuhi polisi ini. - Lihat lebih lanjut di: http://consumercal.org/california-online-privacy-protection-act-caloppa/#sthash.0FdRbT51.dpuf

Berdasarkan CalOPPA saya bersetuju dengan perkara berikut:

• Pengguna boleh melawat laman web saya tanpa pendaftaran
• Apabila polisi privasi ini dicipta, saya akan letakkan pautan kepadanya di halaman utama saya, atau letakkan ia di halaman signifikan pertama setelah masuk ke laman web saya
• Polisi privasi saya mengandungi perkataan 'Privasi', dan boleh dijumpai dengan mudah di halaman yang dinyatakan di atas.

Pengguna akan diberitahu berkaitan perubahan polisi privasi:

• Pada Halaman Polisi Privasi saya

Pengguna boleh mengubah maklumat peribadi mereka:

• Dengan menghantar emel kepada saya

Bagaimanakah laman web saya uruskan isyarat 'jangan kesan' (DNT)?

Saya mengikut isyarat DNT dan tidak akan mengesan, meletakkan kuki, atau menggunakan iklan apabila mekanisme pelayar DNT digunakan. Malahan, saya sendiri juga gunakan DNT di beberapa halaman di laman web saya.

Adakah laman web saya membenarkan penjejakan tingkah laku pihak ketiga?

Adalah penting untuk anda ketahui bahawa saya membenarkan penjejakan tingkah laku pihak ketiga.

COPPA (Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Dalam Talian)

Apabila masuk ke isu pengumpulan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, COPPA meletakkan ibu bapa untuk mengawalnya. Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan, agensi perlindungan pengguna di Amerika Syarikat, dan suruhanjaya lain di seluruh dunia, menguatkuasakan Peraturan COPPA, yang menerangkan apa pengendali laman web dan perkhidmatan dalam talian perlu buat untuk melindungi privasi dan keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Saya tidak memasarkan secara khusus kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Amalam Maklumat Saksama

Prinsip-prinsip Amalam Maklumat Saksama daripada undang-undang privasi di Amerika Syarikat dan konsep mereka sertakan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan undang-undang perlindungan data di seluruh dunia. Pemahaman Prinsip-prinsip Amalan Maklumat Saksama dan cara bagaimana mereka dilaksanakan adalah penting untuk mematuhi pelbagai jenis undang-undang privasi yang melindungi maklumat peribadi.

Untuk selaras dengan Amalam Maklumat Saksama, saya akan membuat perkara berikut, apabila berlakunya kebocoran maklumat:

Saya akan memaklumkan semua pengguna melalui emel
• Dalam tempoh 30 hari bekerja
Saya akan memaklumkan semua pengguna melalui pemberitahuan laman web
• Dalam tempoh 30 hari bekerja
Saya perlukan 30 hari bekerja kerana saya seorang pelajar dan saya tidak dapat memeriksa emel saya dengan kerap dan saya tidak mampu mengesan kebocoran data secara serta-merta.

Saya juga bersetuju dengan prinsip tebus rugi individu, yang memerlukan individu yang mempunyai hak untuk mendapatkan hak yang berkaitan secara sah untuk mengambil tindakan terjadap pengumpul data dan pihak pemproses data yang gagal mengikut undang-undang. Prinsip ini bukan sahaja memerlukan individu tersebut mendapatkan hak terhadap pengguna data, tetapi juga individu tersebut mempunyai akses ke mahkamah atau agensi kerajaan untuk menyiasat dan/atau menjatuhkan hukuman kepada pemproses data yang melanggar undang-undang.

Akta Boleh Spam (CAN SPAM)

Akta CAN-SPAM ialah undang-undang yang menetapkan peraturan untuk emel komersil, menetapkan keperluan untuk mesej komersil, memberi penerima hak untuk menghentikan penghantaran emel kepada mereka, dan menjatuhkan penalti kepada mereka yang gagal mengikut peraturan.

Saya mengumpul alamat emel anda untuk:
• Menghantar maklumat, memberi tindak balas kepada pertanyaan, dan/atau permintaan atau soalan yang lain.

Untuk mematuhi CAN-SPAM, saya bersetuju dengan perkara berikut:
• TIDAK menggunakan alamat emel atau tajuk yang salah atau kurang tepat
• Memastikan mesej tersebut jelas sebagai iklan dengan cara yang munasabah
• Pantau perkhidmatan pemasaran emel pihak ketiga agar memathui peraturan, sekiranya saya menggunakannya.
• Bersetuju untuk memutuskan hubungan sekiranya individu nyahdaftar diri mereka
• Membolehkan pengguna menyahdaftar dengan menggunakan pautan di bahagian bawah setiap emel

Jika pada bila-bila masa anda ingin menyahdaftar daripada penerimaan emel akan datang, anda boleh emel kepada saya di translation [at] mnh48.moe dan saya akan membuang anda daripada KESEMUA langganan yang berkaitan.

Fansub

Kesemua fansub yang diterbitkan dari laman web saya mempunyai sarikata dalam sama ada bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Inggeris, mana-mana dua, atau kesemuanya, dilabelkan sebagai "MNH", dan kesemuanya hanya untuk kegunaan di Malaysia sahaja, dan ia hanya boleh digunakan oleh pelajar atau orang dewasa dengan jumlah pendapatan seisi keluarga di bawah RM 3,000 sebulan kerana golongan ini tidak mampu untuk membeli terbitan sah blu-ray dan DVD, dan kebanyakan mereka tidak memahami bahasa Inggeris yang kadang-kala datang bersama-sama blu-ray berkenaan. Fansub saya hanya wujud untuk membantu pengguna ini memahami kandungannya tanpa perlu mempelajari bahasa Inggeris kerana kebanyakan jika bukan semua kelas bahasa Inggeris adalah terlalu mahal.

Sesetengah fansub bahasa Inggeris bukan milik saya, dalam kes ini, mereka dipautkan ke laman web pihak ketiga. Penerbitan fansub mungkin melanggar beberapa undang-undang hak cipta tetapi ia secara amnya dianggap kegunaan saksama dan perlakuan berperikemanusiaan untuk memastikan semua orang boleh dapatkan kandungan yang sama tanpa mengira status pendapatan mereka. Saya bencikan kapitalis dan sesiapa sahaja yang sombong dan hanya ingin mendapat untung maksimum tanpa memikirkan kemanusiaan. Saya tidak akan melayan notis pembuangan kandungan sekiranya alasan yang diberikan dirasakan tidak sesuai, tetapi anda boleh menghantar emel dengan alasan yang munasabah sekiranya saya memang menggunakan kandungan anda dan anda rasa anda mendapat kerugian yang sangat ketara hanya kerana penerbitan fansub yang kecil.

Kandungan Dewasa

Laman web saya tidak, dan tidak patut mempunyai sebarang kandungan dewasa. Sila ambil perhatian bahawa "kandungan dewasa" merujuk kepada gambar, video, atau bahan lain yang mengandungi bahan terlarang yang tidak sesuai ditonton mereka di bawah umur. Namun begitu, gambar atau video mengandungi perempuan memakai pakaian seksi atau bikini akan diletakkan pada hantaran yang berkaitan dengan Jepun dan benda ini BUKAN sebahagian daripada kandungan dewasa. Saya kategorikan gambar ini sebagai P13, walaupun perempuan umur 9 tahun dan lebih muda pun pakai bikini di Jepun.

Hubungi Saya

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan polisi privasi ini, anda boleh hubungi saya dengan maklumat berikut.

Facebook:
https://www.facebook.com/mnh48

Twitter:
https://www.twitter.com/mnh48com

Emel:
translation [at] mnh48.moe

 
Suntingan terakhir pada 2019-01-14 (14 Januari 2019) jam 3:30 PM (UTC+8).

Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila hantarkan kicauan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, ia dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.