πŸ™‹πŸ» Pengenalan



Selamat datang ke blog saya, saya Yaya MNH48. Anda boleh baca lanjut mengenai saya di halaman perihalan saya.

Blog saya dibahagikan kepada beberapa kategori, tetapi anda boleh baca senarai kesemua rencana terbaharu tanpa mengira kategori di sini.

- Pengumuman: Kategori ini mempunyai rencana berkaitan pengumuman laman sesawang dan perkara penting yang lain. Kadang kala, saya juga menulis mengenai berita berkaitan kepeminatan yang saya turut serta yang tidak sesuai dalam kategori yang lain. Baca: [Pengumuman]

- Pengalaman: Kategori ini mempunyai rencana berkaitan kehidupan saya atau pengalaman berharga yang lainnya. Baca: [Pengalaman]

- Teknologi: Kategori ini mempunyai rencana berkaitan teknologi tanpa mengira dalam atau luar talian, komputer, gajet dan juga laman sesawang. Baca: [Teknologi]

- Universiti: Kategori ini mempunyai rencana berkaitan dengan mana-mana universiti yang saya belajar atau lawati. Kadang kala saya menulis semula pengumuman rasmi mereka dengan penghargaan yang betul diberikan kepada mereka. Baca: [Universiti]

- Terjemahan RN24: Ada rencana di laman sesawang berbahasa Inggeris yang dikenali sebagai RocketNews24 yang menarik perhatian dan berguna, tetapi bukan semua orang di Malaysia faham bahasa Inggeris. Pada waktu dahulu, saya menterjemah beberapa rencana terpilih ke dalam bahasa Melayu dan orang ramai boleh membacanya di sini. Tapi ambil perhatian bahawa RN24 telah bertukar menjadi SoraNews24 dan saya sudah tidak menterjemah rencana menarik dari laman sesawang mereka. Baca: [Terjemahan RN24]

- Arkib NHB: Pada suatu masa dahulu, saya pernah mempunyai blog yang ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya yang dikenali sebagai Nur Hidayat Blogger yang dihoskan di Blogger dan boleh dicapai melalui URL nurhidayatblogger.blogspot.com. Ianya kini diarkib di URL yang sama dengan beberapa rencana dibuang kerana mempunyai maklumat sensitif. Di sini, anda boleh melihat beberapa rencana yang berguna yang terpilih, tanpa perlu pergi ke arkib tersebut untuk menggalinya. Baca: [Arkib NHB]

- Sari Kata Peminat: Ini tujuan asal saya cipta laman sesawang berbahasa Melayu di URL dirahsiakan, iaitu untuk kongsikan sari kata peminat yang saya cipta di bawah nama terbitan dirahsiakan dan juga di bawah kumpulan sari kata peminat MSA48 SUB Crew yang dikawalselia oleh Akira Hakim. Sari kata peminat berkumpulan terbitan MSA48 SUB Crew memberikan perhatian penuh terhadap membuat sari kata bagi kandungan berkaitan AKB48 dan kumpulan adiknya. Kebanyakan sari kata peminat diterbitkan oleh MSA48 SUB Crew berbahasa Melayu (Malaysia) tetapi mereka juga menerbitkan sari kata bahasa Inggeris dan bahasa Cina untuk video terpilih, malah mereka selalunya menerbitkan sari kata bahasa tunggal per video. Namun begitu, sari kata peminat yang saya terbitkan sendiri di bawah nama terbitan dirahsiakan selalunya berbentuk sari kata dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina, tetapi saya juga terbitkan sari kata dwibahasa dalam fail berlainan dan bukan fail tunggal semata-mata. Rencana lama diarkib tetapi sudah tiada pautan muat turun yang disediakan disebabkan isu hak cipta. Baca: [Sari Kata Peminat]

Jika anda tersesat ke sini, anda boleh pergi balik ke Google untuk teruskan carian anda. Apa pun, terima kasih kerana membaca.

Ditulis oleh,
Yaya
(Nurul Azeera Hidayah @ Muhammad Nur Hidayat Yasuyoshi)
(juga dikenali sebagai YASUYOSHI Yatsuko)

Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila hantarkan kicauan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, ia dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.