Bilik Tidur Saya (Februari 2009)


Saya jumpa sesetengah gambar lama dari tahun lepas berkaitan bilik tidur saya semasa saya menyusun gambar lama dalam telefon saya.
Memandangkan ini gambar paling awal yang ada berkaitan bilik tidur saya, saya buat keputusan untuk letakkannya di blog juga.
Adik saya, masih lagi budak kecil, selalu keluar masuk bilik tidur semasa saya ambil gambar tu dulu.
Dalam gambar di bawah, kalau adik saya kelihatan, saya tutup muka dia supaya muka dia tak kelihatan.

Meja utama dalam bilik tidur saya asalnya tempat letaknya komputer semasa saya masih budak tadika.
Bahagian atas tu dulunya tempat letaknya mesin cetak dan mesin imbas rata.
Manakala bahagian bawah pula tempat letaknya monitor dan CPU dan juga pembesar suara.
Talam boleh tarik itu pula tempat letaknya papan kekunci dan tetikus.
Namun begitu, komputernya sudah rosak selepas setahun, jadi dia dah dipindahkan ke bilik stor, jadi mejanya kosong sekejap.

Setelah beberapa ketika, ibubapa saya hantarkan televisyen (TV) lama yang rosak untuk dibaiki dan letakkannya di bilik saya selepas siap baiki.
Bukan saya saya guna TV itu untuk tonton siaran TV biasa sebab ada dua aerial di rumah, jadi saya boleh tarik salah satunya untuk sambung ke TV saya tanpa mengganggu TV yang lebih baru di ruang tamu, tetapi saya juga gunakan TV itu untuk bermain sesetengah permainan di konsol.

Meja utama dalam bilik tidur saya

Pintu bilik tidur saya

Cangkuk pada dinding di bilik tidur saya

Almari di mana baju saya disimpan

Almari baju tersebut ada di sebelah katil saya

Katil saya dengan bantal tanpa sarung

Adik saya bermain-main atas katil saya

Pandangan dari luar pintu bilik tidur saya

Adik saya bermain dengan kerusi saya


Suntingan: Hantaran ini telah diubahsuai pada 29 September 2024 untuk membuatkan gambar kenit dipaparkan dengan seragam pada senarai rencana.

Ulasan

Jika anda mempunyai sesuatu untuk diberitahu mengenai kandungan ini, sila ciapkan dengan pautan URL kandungan ini dan juga ulasan anda ke akaun Twitter @mnh48com, yang dicipta khusus untuk perhubungan blog. Hal ini kerana sistem ulasan Blogger tidak berfungsi dalam cara yang saya inginkan, dan saya telah melumpuhkan fungsi ulasan disebabkan perkara tersebut.